SALAM BEIJING
Assalammualaikum
okay !! Malam nie nas tak dapat nak tido so Nas rasa bila dah terjaga nie rasa nak menulis blog pula .Sekarang nie Nas nak share pengalaman Nas pergi ke Beijing bersama keluarga. Insyallah mana tahu rezeki korang melancong tempat yang lagi menarik.
Masa kitaorang pergi sana pada musim sejuk bulan Dec 2014 , memang sejuk rasa kebas satu badan and yang paling tak tahan bila berair hidung ,kering bibir and kulit pun menjadi kering.
Memang berbeza perjalanan hidup dan kebudayaan mereka ,yang paling penting kita menikmati hari cuti dengan memanfaatkan ilmu dan memperluaskan ilmu kita.
Okay , nie tempat Nas lupa tapi ia tempat sejarah bagi penduduk Beijing iaitu tasik perairan yang sangat luas dan juga sumber air untuk penduduk Beijing .Yang belakang Nas tue Nas tak pasti tapi yang menarik tempatnya sangat cantik dan klasik yang mengingati sejarah terdahulu.
Okay nie Family Nas and Husband
Kalau korang tengok betul-betul Tasik tue dah keras dah boleh main ice scatting huhuhu memang kebas rasanya,Although pakai baju setebal mana pun Tuhan je yang tahu .Lagi-lagi kene tiup dek angin.
KOrang tahu tak penduduk Beijing nie ramai juga yang memeluk agama islam. Diorang azan tak pakai Microphone tapi guna gelombang melalui lobang batu
Okay nie Masjid Besar di Beijing,yang paling best diorg nie peramah dan satu lagi korang jangan risau kalau terlupa bawa telekung ke kat sini dah ada ,sebab dia tahu ada pelancong dari Malaysia .Macam penduduk cina islam mereka tidak menggunakan telekung tapi diorg menggunakan apa yang mereka pakai tapi tertutup la aurat ( Hijab) tapi diorg pakai tudung memang cun la.
Lepas tue Nas and Family pergi ke ZOO panda ...Musim sejuk panda tidooooo je tak nak bangun layan kitorang nie.Penat tunggu nak bermain sama tapi apakan daya mereka enak tidor dan di buai sama mimpi-mimpi indah.
Nie kitorang nak ke istana Raja Cina memang kene jalan kaki 10 km dari tempat parking kereta huhuhu memangnak berjalan sangat kan apakan daya pergi lah juga nanti tak merasa
Before tue Nas nak citer sikit duduk sana mahu seminggu nasib baik bekal kan sambal ikan bilis .YA Allah nikmat je tuhan je yang tahu pasti rindu dengan makanan kita.So Beli Nasi je, Korang tahu tak Nasi diorg tak sama dengan kita sebab Nasi diorg melekit dan berkanji sebab tue senang nak pakai chop stick hehehhe....tapi memang rindu masakan Melayu.Tapi korang jangan risaulah banyak org islam di sana restaurant for islam ada makanan diorang memang best kadang-kadang sama dengan masakan kita juga cuma berbezalah makanan tradisi kita.huuhuhuu
Lepas tue kitorang main nie pula, sebenarnya buatan diorang siram air terus jadi ais tau, sebab suhu masa nie 4 or 5 (-) tau memang sejuk.Memang naik ni memang jatuh laaa macam buah nangka busuk huhuhu.Tapi memang best!!
Lepas tue kitorang pergi dekat sini ,Ya Allah naik tangga....memang semput sebab tangga dia umpama naik 3 langkah naik tangga.Mencangut nak naik nya tapi orang dekat sana rilex je hahahha adui.Korang tahu tak tembok china besar nie perjalanannya boleh ke seberang Negara Monggolia.
Then kitorang pergi ke studio olimpik terbesar di China ,masa ie tak boleh nak masuk sebab tengah buat renovation.huhuhu melompat jelah kitorang kat luar nie
Tapi korang kene hati-hati juga tau sebab :-
1.Bila beli barang di kawasan luar super market kebanyakkan diorang
bagi balance dengan duit palsu.
2.Bila korang masuk kedai di shopping mall diorang seboleh2 paksa nak suruh korang beli
3.Kadang-kadang boleh jadi gaduh dengan penjual sebab tolak jualanya..hahahha...1.Ada tawar menawar bayangkan dari harga RM250 harga kasut dapat RM60 huhuh
pandaikan diorang put harga tinggi2
2. Korang kene acting sombong sampai boleh dapat harga murah sebab bagi diorg if customer datang tapi tak beli macam xde ong
3.Penduduk di sini menggunakan basikal berbanding kenderaan untuk mengelakkan masalah jerebu dan kesesakan lalu lintasTapi I love cina in Malaysia sebab diorang faham kalau kita tak mahu beli tapi kat sana korang kene bijak beromunikasi hahahah boleh jadi gaduh tapi yang paling best boleh shopping macam-macam.

Comments
Post a Comment